The 2 superheroes of ours

The 2 superheroes of ours
Semoga kami menjadi anak yang soleh dan pintar

Thursday, April 24, 2014

Aduhai Suami.....Mengapa mesti "Punggung Epal?"?

Akak ni kadang-kadang suka berimaginasi. Imaginasi yang pelik-pelik pula tu. Ok, lets straight to the point.

Cuba anda bayangkan, anda merupakan seorang isteri yang bersungguh-sungguh menjaga kecantikan. Separuh dari duit gaji anda, anda laburkan untuk sesi "make over" walaupun kecantikan yang ada dan setelah direpair tidak serupa Aiswarya Rai. Bayangkan nak buat hair tx pun RM150 terbang, belum lagi masuk facial, beli set kecantikan, set alat make up dan bla bla bla (Kalau listkan tu confirmnkan penuh satu page kan)

Semua yang anda buat hanyalah untuk seorang sahaja iaitu SUAMI TERCINTA. Niat anda suci. Demi dia. Tiba-tiba anda mengambil handphone suami. Sekadar ingin melihat-lihat adakah gambar candid anda setelah berdandan cantik disimpan di dalam folder "Kekasih Hati" (Kalau adalah suami buat mcm tu. Dulu zaman bercinta mungkinlah ada kot).

Tiba-tiba tangan anda click ke icon Twitter /FB /Instagram. Dan anda melihat page yang suami anda follow. Page-page yang sentiasa penuh di News Feed adalah gambar-gambar wanita seksi (siap berpunggung bulat mcm epal dan dada umpama buah tembikai). Gambar-gambar itu yang dijamu matanya di kala siang  mahupun malam. Dan ada kalanya awal pagi ketika anda sebagai isteri yang sah sedang lena dibuai mimpi.


Apakah perasaan anda? Gembira? Tenang? Cool? Atau sedih? Bagi saya jika saya berada di dalam situasi tersebut, saya akan kecewa. Mungkin saya akan berjauh hati. Saya ni badan dahlah terlebih gebu dan x senasib dengan wanita-wanita yang bertuah memiliki badan yang cantik seperti dalam page tersebut.

Cuti dari internet je ni.

Cuba membayangkan diri ini menjadi mangsa suami yang suka tgk "punggung epal" wanita lain, alangkah hancurnya hati ini. Lebih-lebih lagi tika ini internet di hujung jari. Bila-bila masa dan apa-apa maklumat  yang tak berguna mudah dicari.

Gini ler ghupa "punggung epal" tu.


So, boleh lah anda lepas ini selongkar apa yang patut. Lihat  apa yang sedap di mata suami (tgk dalam album gambar/ FB/ Twitter dll )dan cubalah menjadi seperti itu. Jika tidak mampu, buang senyap2 page tersebut atau buang terus gadget suami lagi bagus. Hehehehhehe


Nota: Terlalu ramai lelaki sedemikian. Katanya "Normallah lelaki ank tgk perempuan seksi dari tengok gambar lelaki. kang cakap gay" )Dari melihat perempuan lain (Buat tambah dosa je) lebih baik tengok isteri sendiri (Walaupun mcm papa lapis, tp dapat pahala wooohh).

No comments:

Post a Comment

Thanks for leave me comments and feedback!! Really appreciate it ;)