The 2 superheroes of ours

The 2 superheroes of ours
Semoga kami menjadi anak yang soleh dan pintar

Wednesday, May 7, 2014

Aduhai nasib anak tua.....

Teringat kembali saat ketika pertama kali memegang anak dalam pangkuan, perasaan gembira tidak terkira ketika mendengar tangisan manjanya yang terkejut dengan suasana yang berlainan dari dalam rahim ini. Pada tika itulah ibu-bapanya sibuk melihat wajah siapakah yang si anak fotostat? Ibu ke ayah?

Jika si ibu bapa saling cinta menyinta, saling rindu-merindui sesama sendiri walaupun berada di depan biji mata, pastinya wajah fotostat anak tersebut tidak menganggu kehidupannya. Tetapi apakah yang terjadi jika si ibu bapa saling membenci, hilang perasaan cinta dan wujud pula orang ketiga, pastinya wajah fotostat anak itu menyesakkan jiwa jika anak itu menyerupai pasangan.

Itulah yang terjadi pada kisah ini. Kisah sahabat baik saya yang selama ini menjadi pendengar setia. Azim (bukan nama sebenar) yang telah memiliki 2 cahayamata, Linda dan Maisara (pun bukan nama sebenar). Linda memiliki wajah isteri Azim, Farah manakal Maisara memilki wajah serupa dengan Azim.

Biasalah anak-anak kecil, pastinya sentiasa bergurau dan kadangkala pastinya menimbulkan pertengkaran. Setiap kelahi yang berlaku di antara Linda dan Maisara, pastinya yang menerim habuan  rotan dari Azim adalah Linda. Tidak kira salah siapa tika itu. Tangisan sayu mulalah kedengaran. Mula2 ok lah lagi Farah ni terima namun lama kelamaan, ia turut memberikan tempias kedukaan kepada hati si ibu. Salahkan Farah kerana menyerahkan genetik nya kepada fizikal Linda sehingga menyebabkan tubuh badan si kecil itu menjadi santapan rotan? Lebih-lebih lagi hubungan mereka suami isteri tidak sebahagia pasangan lain termasuk lah aku (waceeehhhh, perasan lebih).

Sahabatku, aku amat memahami perasaan itu. Itulah yang aku rasakan jua tiap kali Aqil diherdik dan ditengking di kala ilman mengusik abangnya. Mungkn itulah nasib anak yang lebih tua atau anak yang terfotostat wajah ibunya??????