The 2 superheroes of ours

The 2 superheroes of ours
Semoga kami menjadi anak yang soleh dan pintar

Sunday, April 27, 2014

Weekend yabg penat

Ahhhh (mengeluh)....minggu ni adalah minggu yang paling penat yg pernah aku rasa.

Sabtu,shopping day! Pergi Mid Valley pagi lagi pukul 11 pagi. Niat nak beli barang2 anak. Alih2 ahkak beli Note 3 (geram tgk, comel sgt) then hubby hadiahkan pula jam tangan Gear Samsung tu ahkak. Kelasss x, birthday bulan Jun. Tp dh dpt hadiah dh 😄😄😄😄 (suka! Suka! Yeayyy!). But hubby ni mmg jenis pnjg akal. Dia bg hadiah murah dr yang ahkak bayar. Hampeh je. Then ahkak dah kebulur campur excited dgn gadjet baru, teruslah ahkak dan hubby pergi mengisi perut before beli brg2 anak.

Sampai rumah pukul 3 lebih. Sambung pulal mengemas rumah, membasuh baju dll 😣.

Ahad pagi, ahkak menyambung mengemas. Lap2 habuk di kipas dan almari (sambung smlm nyer kerja sampaikan baju yg direndam dalam softener pun tak diperah semalam. Sambung juga pagi ni.)

Lepas settle semua, ahkak, hubby dan anak2 rush ke rumah mak ahkak di Keramat. Saja2 lepak sambil bertanya khabat. Maklumlah kakanda2 ahkak ada bertandang juga. Hari ni lah anak2 ahkak nak berkumpul dengan cousin2 tercintanya.

Tengahari ahkak bwk abah ahkak ke Wangsa Walk pula. Belanja abah ahkak pula beli casing, memori card bagai untuk Note 2 dia. Alhamdulillah abah gembira sangat dpt Note 2 dari ahkak. Alhamdulillah ahkak dapat menggembirakan hati abah ahkak. Petang ahkak sekeluarga balik semula ke teratak mentua di Cheras (kami tinggal bersama). Ni pun ahkak tengah mengupdate dalam kereta ini.

Hah, minggu yang letih kerana banyak bergerak tapi tetap menggembirakan hati ahkak. Alhamdulillah. 😊😊

Thursday, April 24, 2014

Aduhai Suami.....Mengapa mesti "Punggung Epal?"?

Akak ni kadang-kadang suka berimaginasi. Imaginasi yang pelik-pelik pula tu. Ok, lets straight to the point.

Cuba anda bayangkan, anda merupakan seorang isteri yang bersungguh-sungguh menjaga kecantikan. Separuh dari duit gaji anda, anda laburkan untuk sesi "make over" walaupun kecantikan yang ada dan setelah direpair tidak serupa Aiswarya Rai. Bayangkan nak buat hair tx pun RM150 terbang, belum lagi masuk facial, beli set kecantikan, set alat make up dan bla bla bla (Kalau listkan tu confirmnkan penuh satu page kan)

Semua yang anda buat hanyalah untuk seorang sahaja iaitu SUAMI TERCINTA. Niat anda suci. Demi dia. Tiba-tiba anda mengambil handphone suami. Sekadar ingin melihat-lihat adakah gambar candid anda setelah berdandan cantik disimpan di dalam folder "Kekasih Hati" (Kalau adalah suami buat mcm tu. Dulu zaman bercinta mungkinlah ada kot).

Tiba-tiba tangan anda click ke icon Twitter /FB /Instagram. Dan anda melihat page yang suami anda follow. Page-page yang sentiasa penuh di News Feed adalah gambar-gambar wanita seksi (siap berpunggung bulat mcm epal dan dada umpama buah tembikai). Gambar-gambar itu yang dijamu matanya di kala siang  mahupun malam. Dan ada kalanya awal pagi ketika anda sebagai isteri yang sah sedang lena dibuai mimpi.


Apakah perasaan anda? Gembira? Tenang? Cool? Atau sedih? Bagi saya jika saya berada di dalam situasi tersebut, saya akan kecewa. Mungkin saya akan berjauh hati. Saya ni badan dahlah terlebih gebu dan x senasib dengan wanita-wanita yang bertuah memiliki badan yang cantik seperti dalam page tersebut.

Cuti dari internet je ni.

Cuba membayangkan diri ini menjadi mangsa suami yang suka tgk "punggung epal" wanita lain, alangkah hancurnya hati ini. Lebih-lebih lagi tika ini internet di hujung jari. Bila-bila masa dan apa-apa maklumat  yang tak berguna mudah dicari.

Gini ler ghupa "punggung epal" tu.


So, boleh lah anda lepas ini selongkar apa yang patut. Lihat  apa yang sedap di mata suami (tgk dalam album gambar/ FB/ Twitter dll )dan cubalah menjadi seperti itu. Jika tidak mampu, buang senyap2 page tersebut atau buang terus gadget suami lagi bagus. Hehehehhehe


Nota: Terlalu ramai lelaki sedemikian. Katanya "Normallah lelaki ank tgk perempuan seksi dari tengok gambar lelaki. kang cakap gay" )Dari melihat perempuan lain (Buat tambah dosa je) lebih baik tengok isteri sendiri (Walaupun mcm papa lapis, tp dapat pahala wooohh).

Mahu Kooroos - Day 7

Aduhai....
Itulah dia bila hangat2 najis ayam ni. mula2 mula memanglah semangat nak berdiet. Beroats sana-sini tapi alih, kembali ke tabiat asal.

Sebagai contoh, hari ke 6 kooroos, menu yang aku tabuh seharian:
  • Pagi: Nasi goreng dan teh tarik
  • Tengahari: Nasi Ayam Penyet Wong Solo (Member belanja sebab nak bertukar tempat kerja lak)
  • Petang (Ada lak minum petang): Meehun, biskut oats dan nescafe
  • Malam: Segelas susu

Hari ni pula (Hari ke 7 kooroos):
  • Pagi: Mee, ayam goreng dan limau suam
  • Tengahari: Nasi Goreng Udang ( Black Canyon Coffee ---> itupun sebab member sorang lagi belanja. Alhamdulillah.)
  • Malam: Susu segelas 
Semoga berat badan turun lah lepas ni. Yang akak boleh cakapkan sekarang ni, badan terasa ringan sikit dan x mengah2 bila bersolat.

Chayokkkkk

Day 3: Mahu Kooroos

Waaaaaa, semalam busy benor. x sempat nak update apa yang aku makan untuk program "mengoorooskan" badan aku. Boleh x aku buat entry tu dalam ni? kiranya 2 dalam 1 lah,heheheheh.

ok kita start by Day 2: Mahu Kooroos


ok, semangat untuk kurus membuak2. even petang lepas balik kerja (On Monday) pun sempat aku buat exercise sikit. (sikit je tau,hahah).

So menu aku pada hari ni adalah:

  • Quaker oats + Nescafe (7 am)
  • Nasi goreng (11 am)
  • Nasi putih segenggam + sayur dan ikan goreng (5pm)
  • Nasi putih sesudu + sayur sesudu (9pm) ----- Huh, diet ke ni? macam haus jeeeee.

Tuesday, April 15, 2014

DAY 1 MAHU KOOROOSSS

Assalammualaikum,

Akak ni siang kerja di pejabat malam baru lah dapat mengupdate blog yang baru sebulan jagung ni. Itupun lepas settlekan masa-masa/minit-minit dengan urusan rumah dan dengan anak-anak yang perasan mereka ni Ultraman dan Captain America (Perasan sungguh korang ni nak...).

Akak ni bukan apa. Tercabar sebenarnya tgk laki akak berjaya menguruskan badan (kata dasar kurus yer, bukan URUS. Urus tu mmg kerja akak lah sepanjang hayat). i should admit that he's tough but atas-atas alasan kesihatan beliau terpaksa menguruskan badannya. Berjogging, marathon, berfutsal, berbola sepak dan bersenam di gym adalah lumrah biasa dia sampaikan sarapan pagi dan makan malam pun hanya berbekalkan oats yang yummy. Jenama kegemaran adalah Quaker Oats.

Just for example

X boleh jadi ni. Akak memang pantang tengok laki akak advance ke depan walaupun setapak je dari akak sedangkan akak advance juga tapi kategori ketebalan lemak yang ada ( cissss!!!). Jadi akak pun mengambil inisiatif untuk menguruskan diri juga. Semangat tu pun datang semenjak akak buka gambar khawin / honeymoon/ dating.  Oh tertekan jiwa dan mata yang melihat (nangis!!!)

Dengan machonya akak telan oats je pagi-pagi dan segelas Nescafe panas. Memang sedap. Sumpah! yang penting bancuh oats tu dengan susu manis ( Jangan manis sangat, kang dari nak kurus terkencing manis lak).

Hasil dari oats dan Nescafe tu, dalam perjalanan ke ofis ( of course lah stuck dalam traffic sekali) perut akak memulas-memulas ( seperti menjerit HELP!HELP!). Tension campur stress akak. Sampai je ofis, punch kad dan terus akak menabung di Amanah Saham. Memang terbaik oats ni. Sangat melawaskan.  

So for today, my meals throughout the day:

1) Only oats and Nescafe at 7
2) 3 pieces of oats biscuits at 10
3) 2 spoonful of rice + catfish + vegetables at 1 pm
4) A slice of apple at 4 pm
5) Meehoon + a cup of hot Nescafe at 6

Semalam berat akak telah menjangkau 65.4 kilo. Esok pagi-pagi nak timbang berat. Mulai hari ni, pagi-pagi wajib timbang yer. Terpaksalah akak menghadap benda yang paling akak benci dalam hidup ni, ALAT PENIMBANG. Starting tomorrow u are going to be my bestfriend ever, ok Miss Weighing Scale. Never give up!!!!

I just want to jump like her!!!!

This would be my fav foods starting tomorrow!





Monday, April 14, 2014

SAYA MAHU KURUSSSSS


waaaa waaaaa waaaaa......sedih!!! semalam masa buka FB, terasa lah nak upload gambar2 masa pergi Taman Burung Kuala Lumpur dan Putrajaya Balloon Fiesta. semua gambar tu ada dalam laptop Mr. Hubby. So, godek2 terjumpa lah folder gambar2 masa honeymoon dan ms dating cintan-cintun dulu.

Oh, terasa mahu korek2 segala isi perut bila tengok gambar zaman dulu. aku kelihatan koooroooooosss @ kurus. oh, rindunya saat2 itu.

I miss this body of mine :( Not so thin and not fat at all. just nice,heeeeee
ni gambar ms dating dengan Mr. Hubby aka Khairil Azwan back to 2007

Ni masa honeymoon. terasa macam Che Ta pulak aihhh....



Miss Syamsiah Abdul Ghani masa bertunang pada tahun 2008

Ni ms merisik. kecik je kan badan aku. nampak comel je.
Gambar khawin masa tahun 2009. Oh ya ni lah tempatnya kami bertemu :)
ni masa tahun 2007 masa aku dgn budak2 vet pergi berkelah di Sungai Tekala.


So aku nak upload gambar aku yang terkini, gambar yang aku ambil masa bawak anak2 pergi tgk burung di Taman Burung Kuala Lumpur. Sangat jauh berbeza yer...sadis sadis sadis....







gemuk....baby fat ada di merata.





sy yg tembam gebu

So, bila dah rasa rendah diri bila tengok gambar2 dulu dan sekarang, aku rasa baik aku bertindak sebelum terlambat. ku rindukan badan ku yang dulu. ku rindukan Syamsiah Abdul Ghani ketika kurus dan muda. Mungkin "keelastikan" kulit aku tidak dapat dikembalikan seperti dulu tapi aku yakin saiz badan aku je yang boleh kembali seperti dulu. So mulai hari ini, aku bertekad untuk memulakan regime menguruskan badan.Insyaallah kawan2. doakan impian saya untuk kurus ni berjaya yer. hehehehe. saya mahu seperti dulu!!!