The 2 superheroes of ours

The 2 superheroes of ours
Semoga kami menjadi anak yang soleh dan pintar

Saturday, March 29, 2014

Kempunan cheese nan

Malam ni hujan lebat. Perut lapar dan secara x langsung aku mmg dh lama ngidam nak makan cheese nan ni. Rindu lak zmn belajar.

So, mlm ni lepas cubaan memaksa hero2 tidur, aku n hubby meredah hujan lebat mencari mamak stall. Dr pelita nasi kandar ke Ampang. Ni gara-gara takde parking lot kosong kt pelita yang sentiasa penuh. Kalau tak kat situ juga aku dh balun cheese nan.

So kami menyambung meredah hujan ke Ampang pula. Alhamdulillah hujan pun dh berhenti ketika kami singgah di kedai mamak 9 one 6. Restoran dokek2 Ampang Point yo.

Aku ordered cheese nan dan ayam tandoori serta teh tarik. Hubby pula ordered garlic nan dan teh o panas. Dengan hawa sejuk sesudah hujan, mulut menghirup teh panas2. Terasa sungguh nikmat. Syukur di atas rezeki ini.

Rasanya x rugi kalau kawan2 bersantai di restoran ni sebab mamak sini ingatan depa kuat sekali. Tidak perlu menulis order tp order yang sampai semuanya betul dan tepat. Boleh lah uollsss tanya kat mamak tu petua apa yang depa pakai untuk kuatkan ingatan. Hehehehe


Wednesday, March 26, 2014

Kenangan Indah Siri 2

Hi pembaca sekalian, hari ni saya bersemangat nak upload cerita kenangan indah zaman kecil2. Tadi saya dah jadi tukang karut kt suami saya. Duduk menceritakan kisah2 zaman kanak-kanak (Byk kali cerita dh kat dia dan Alhamdulillah dia x jemu mendengar saya yang suka menceceh ni, kui kui kui).

So, kali ni cerita yang membuatkan saya ingin mewartakannya di alam maya adalah kenangan manis atau hobi yang telah membentuk kerjaya aku sekarang ini. Binatang peliharaan! Ye, bunyi pun dah comel kan. apa tah lagi kalau aku upload gambar binatang peliharaan ni,heheheh.

Masih lagi aku ingat ketika di Tingkatan 5 (Masa tu aku bersekolah di Sekolah Kebangsaan Convent Bukit Nanas) diadakan minggu keusahawanan di sekolah. Aku memang dari dulu lagi minat sangat dengan hamster yang gemuk, bulat, gebu dan busyuk2 mashammmm.....

so, berbekalkan duit RM5, aku pergi borong seekor anak hamster berwarna putih. xkan lah nak panggil hamster kan, so aku bubuh lah nama nya Bysnow.

Ni bukan Bysnow, Ni kaum kerabat Beebo dan Diedie.
Tanpa pengalaman tapi aku berjaya membela Bysnow dari dia berusia sebulan sehingga dia mati tua (2 tahun setengah). Hamster ni lah yang membuatkan aku tekad untuk menjadi Doktor Perubatan Veterinar. Semuanya bermula dari hobi membela binatang peliharaan. Walaupun pada awalnya abah memang hangin satu badan bila tengok aku bawak balik tikus (katanya). Hehehe, nak buat macamana abah, anak dah suka kan. heheheh

Ok ini antara hamster2 yang telah aku bela sehingga tahun 2012:
- Bysnow (betina)
- Debbie (betina) (budak ni gemuk hamsternya)
- Coet (Laki si Diedie tp disebabkan perbezaan usia, Coet tua sangat, mereka tidak dikurniakan anak)
- Diedie (betina)
-Beebo (Laki kedua Diedie. Dengan Beebo mereka dikurniakan anak yang berderet2. Almaklumlah keluarga bahagia. asyik beranak je bininya. Sampai dah terpaksa bagi kat orang lah juga)
-Lolo (jantan)
- Xiexie (jantan) ( ni lagi gemuk hamsternya. Dan paling bijak antara yang lain. Hanay respons dengan suara mama dia [aku lah tu])
-Yueyue (jantan) (abang xiexie dan Lolo. Agak macho. di atas kemachoannya dan kegemukan Xiexie, mereka dilantik menjadi gigolo kepada hamster kawan 2 aku di Kolej 17, UPM)
-Cayyen (Aku beli masa kerja dah. Telah dirogol ketika di dalam pet shop. so dalam 2 minggu bawak balik rumah, aku dikurniakan cucu sebanyak 6 ekor. Endingnya mereka dengan Cayyen2 sekali terpaksa diberikan kepada kawan aku sebab rumah dah ada 2 hero.


Lepas ni, aku akan beli lagi hamster. Bukan utk apa, tp untuk memupuk minat anak-anak dengan haiwan peliharaan. Boleh jadi macam mama dia. Rindunya bau musyuk-musyuk masyam hamster ni.

Ni Coet

Yang bulu berterabur ni Yueyue.

Ni Lolo tengah buat audit meja belajar aku di Kolej 17,UPM

Yang ni: tergolek dok tu Beebo, Yueyue, Lolo dan yang tunduk manja tu Xiexie gemuk. 

Punca nak mula blog?

Hari ni kursus membuat blog dah berakhir ( terukkan, dh tua bangka, 31 thn masih lagi nak pergi kursus buat blog? org lain sampai beribu dah follower, kih kih kih ). ok lets straight to the point. Apa yang membuatkan aku nak menyambung balik aktiviti berblog ni? Sebab aku teringatkan Carrie Bradshaw, from series fav aku "Sex and the city". Tengok dia menaip2 cerita kehidupannya di laptop membuatkan aku geram je sedangkan aku memang tidak berbakat dalam penulisan ni. Mungkin blog ini akan kujadikan landasan untuk belajar menulis.

Cerpen pertama yang aku tulis adalah kisah seram bertajuk "Rahsia Rumah Usang". lebih kurang macam tulah tajuknya. cerpen tu aku tulis [ for sure lah menggunakan tulisan tangan yang ala2 doktor tu] masa aku berumur 12 tahun. terpengaruh dengan buku cerita Nancy Drew dan hardy Boys, membuatkan aku menulis cerpen itu selama setahun. Siap dengan lukisan, pelan rumah usang tu, gambar watak-watak terlibat dan peta lokasi. Kelasssss makkk! hehhehehehe.

Yang paling penting aku still simpan buku tu. walaupun kertasnya dah berwarna kuning dan keras ( mcm barang antik je), tetap aku simpang untuk ditunjukkan pada hero-hero aku. takpelah korang nak gelakkan mama pun mama tak kisahlah. heheheh. Next entry aku akan masukkan gambar cerpen tu yer. 

So, dengan mengingati kewujudan barang antik tu, Insyallah aku akan mula menulis blog yang dh memang tersadai sejak tahun 2010. Tidak mengharapkan follower yang ramai tapi untuk catitan untuk anak-anak aku baca jika satu hari nanti aku pergi menemuiNya.

Blog Development Training Season 2: upload a blog using Bloggerroid

Hehehee....masing2 nampak bersemangat mendalami ilmu yang diajar oleh sifu. Thank you sifu zura @myalicia@blogspot.com dan pnm siti maria for the great knowledge. Thank you so much.



Training menggunakan Bloggerroid

Testing..testing...Insyaallah menjadi. Amin.

Tuesday, March 25, 2014

semangat..semangat

wahhhhh,kelas makkkkk. lepas balik dari training tadi bukan main lagi bersemangat nak berblog sana sini. maklumlah semangat tu ada pada tahun 2010 lagi tp dh x reti nak buka plus lupa password, so semangat tu berkurangan dari masa ke semasa.


so petang tadi lepas balik dari ofis, teruslah aku bergegas kerumah. tak sempat dah nak singgah ke Alamanda fav spot. Ni gara-gara orang datang nak pasang aircond. so, sambil menunggu tu niat dihati nak update blog, tp hero2 kenit ni bikin kecoh. 

Alih-alih makan dadih, makan nasi, kemas meja makan dan barulah update blog. Hahahahaha, smeoga semangat ni kekal selamanya. Banyak aku nak update melalui blog ni.

Sekian...

Macam ni lah muka aku time update blog ni. hhehehhe



Blog Development Training Season 1: Practise untuk bubuh hyperlink.

Ok, utk latihan kali ni, kitorg praktis pula untuk copy artikel yang berguna dan berkongsi link blogger tersebut di page kita. so, kali ni aku guna blog Mat Gebu sebab aku x pandai masak langsung. so dpt lah sekali belajar memasak.

Kurang selera nak makan atau malas nak masak sebab kawasan anda air paip bercatu dan kalau masak pun nak masak satu yang mudah dan boleh dimakan semua orang termasuk anak2?..Apa kata cuba menu teramat mudah sangat ini. Seperti che mat tulis dalam entri sebelum ini, che mat memang masak benda2 mudah sangat sebab kesihatan tak mengizinkan dan terima kasih che mat pada kenalan blogger che mat, Kak Intan Kamariah sebagai pencetus idea ini. Kalau demam2 atau tekak tak lalu, masak yang macam ni pun ok dah. Kalau suka pedas boleh ketuk2kan cili padi, tapi sebab che mat sakit tekak, kena guna cili merah dan cili hijau saja, dah biasa kalau tak pedas memang tak sah. Resipi ini sesuai juga untuk orang2 bujang....Resipi?...ehemmm..


BAHAN-BAHANNYA :-)
3 - 4 telur
1 biji bawang besar, hiris bulat dan leraikan
1 biji cili merah, hiris
1 biji cili hijau, hiris
5 camca besar kicap lemak manis JALEN
2 camca besar air
Daun salad untuk hiasan (optional)


CARA MEMBUATNYA :-)

Telur digoreng mata kerbau sebiji demi sebiji, che mat goreng dengan api kecil dan tutup sekejap untuk kasi kuning telur kental. Dengan cara ini anda tak perlu nak terbalikkan telur tadi dan nampak lebih molek. Buat hingga siap. Angkat dan susun dalam mangkuk yang dialas daun salad. Ketepikan.
Panaskan 1 camca besar minyak masak, goreng bawang besar, cili merah dan cili hijau hingga layu. Angkat dan toskan. Dalam kuali yang sama, masukkan kicap dan sedikit air. Kacau rata dan masak 1 minit. Matikan api.
Tuang kicap atas telur mata kerbau tadi, kemudian taburkan bawang besar, cili merah dan cili hijau goreng tadi. Ratakan dan hidangkan segera bersama nasi panas....ehemm..


resepi dicuri dari

Blog Development Training Season 1: Mari seramkan diri kita. heeeeeeeeee heeeeeeeeeeeee

This is a training exercise: how to clear the background of texts from other blog:


Pengalaman Sewaktu Perkhidmatan Negara (Kisah Seram)

Pengalaman Sewaktu Perkhidmatan Negara (Kisah Seram) | Kisah yang ingin saya ketengahkan ini berlaku kepada abang saya kira-kira 15 tahun yang lalu, sedang abang saya menjalani latihan perkhidmatan negara. Dia dan rakan2 telah diarahkan untuk berkhemah seorangan dan berjauhan dari yang lain. Mereka hanya dibenarkan membuat khemah berbentuk huruf L, sekadar melindungi panas matahari, tapi kalau hujan tetap akan basah.

Blog Training Season 1: 3 photos 1 post at main page

"Please mama, im really hungry. i wanna eat. my stomach is empty"

"Lapar ke baby hamster mam ni. Nah you may have your favrite meals. theres bread, spaghetty, raw chicken, carrots and beans" (mama pun lapar juga ni. byk menaip dan makan membuatkan perut mama lapar)

Hamster:"oh, yummy!!! tq mama. semoga gebu macam mama juga"

Blog development training season 1

Ok, lets learn how to upload a video in my blog. hahahah. mcm kanak2 je. budak sekolah sekarang pun semua dah ada blog memasing. so, as a starter, jom kita layan one of my fav oldies song. nyum nyum nyum (sensei, perut saya lapar.....)


Training masih lagi berjalan. hehehehe. Alhamdulillah Allah memberi kan aku peluang untuk menimba ilmu ini.
senyummmmmm

Blog Development Training

Hari ni ada training buat blog di office.  hahahahah....buka2 je tengok blog aku yg memang dh buat and last sekali update pada tahun 2010. So, edit ler apa yang patut. sangat x senonoh gitewww...dari anak sorang sampai dh masuk dua orang, terbengkalau rupanya blog aku. Follower pun xde sebab ada satu post je. so, since dah kerja ni, aku nak paksa student2 aku baca dan jadi follower aku. MANDATORY!!!hehehehhe.

Ok, lepas ni aku akan update kan dan bubuh eyeshadow, pipi merah dan eyeliner pd blog aku ni. nantikan. GANBATE!!!!