The 2 superheroes of ours

The 2 superheroes of ours
Semoga kami menjadi anak yang soleh dan pintar

Wednesday, March 26, 2014

Punca nak mula blog?

Hari ni kursus membuat blog dah berakhir ( terukkan, dh tua bangka, 31 thn masih lagi nak pergi kursus buat blog? org lain sampai beribu dah follower, kih kih kih ). ok lets straight to the point. Apa yang membuatkan aku nak menyambung balik aktiviti berblog ni? Sebab aku teringatkan Carrie Bradshaw, from series fav aku "Sex and the city". Tengok dia menaip2 cerita kehidupannya di laptop membuatkan aku geram je sedangkan aku memang tidak berbakat dalam penulisan ni. Mungkin blog ini akan kujadikan landasan untuk belajar menulis.

Cerpen pertama yang aku tulis adalah kisah seram bertajuk "Rahsia Rumah Usang". lebih kurang macam tulah tajuknya. cerpen tu aku tulis [ for sure lah menggunakan tulisan tangan yang ala2 doktor tu] masa aku berumur 12 tahun. terpengaruh dengan buku cerita Nancy Drew dan hardy Boys, membuatkan aku menulis cerpen itu selama setahun. Siap dengan lukisan, pelan rumah usang tu, gambar watak-watak terlibat dan peta lokasi. Kelasssss makkk! hehhehehehe.

Yang paling penting aku still simpan buku tu. walaupun kertasnya dah berwarna kuning dan keras ( mcm barang antik je), tetap aku simpang untuk ditunjukkan pada hero-hero aku. takpelah korang nak gelakkan mama pun mama tak kisahlah. heheheh. Next entry aku akan masukkan gambar cerpen tu yer. 

So, dengan mengingati kewujudan barang antik tu, Insyallah aku akan mula menulis blog yang dh memang tersadai sejak tahun 2010. Tidak mengharapkan follower yang ramai tapi untuk catitan untuk anak-anak aku baca jika satu hari nanti aku pergi menemuiNya.

No comments:

Post a Comment

Thanks for leave me comments and feedback!! Really appreciate it ;)