The 2 superheroes of ours

The 2 superheroes of ours
Semoga kami menjadi anak yang soleh dan pintar

Tuesday, March 25, 2014

Blog Development Training Season 1: Mari seramkan diri kita. heeeeeeeeee heeeeeeeeeeeee

This is a training exercise: how to clear the background of texts from other blog:


Pengalaman Sewaktu Perkhidmatan Negara (Kisah Seram)

Pengalaman Sewaktu Perkhidmatan Negara (Kisah Seram) | Kisah yang ingin saya ketengahkan ini berlaku kepada abang saya kira-kira 15 tahun yang lalu, sedang abang saya menjalani latihan perkhidmatan negara. Dia dan rakan2 telah diarahkan untuk berkhemah seorangan dan berjauhan dari yang lain. Mereka hanya dibenarkan membuat khemah berbentuk huruf L, sekadar melindungi panas matahari, tapi kalau hujan tetap akan basah.

Jadi bila malam hari menjelang, abang saya terasa lapar lalu beliau pun masak Maggi yang dibekalkan. Sedang menunggu air di dalam "mesh tin" mendidih, tangan abang saya gatal, mengambil lampu suluh dan mula menyuluh di sekeliling hutan. Tiba2 dia terhenti bila terpandang muka seorang wanita yang kelihatan amat pucat dan menakutkan. Tangan wanita itu seolah-olah menyangkuk dagunya dan merenung tajam ke arah abang saya tanpa berkelip di atas sebatang pokok. Pada mulanya, abang saya sangka sarjannya yang cuba menakut-nakutkannya, jadi dia tak menghiraukannya walaupun dalam hati dia terasa amat takut, tapi bila ditanya pada keesokan harinya, satu orang pun tidak mengaku.

Bila abang saya pergi melihat pokok yang wanita itu duduk, baru dia percaya bukan rakan2nya yang cuba menakutkannya. Ini kerana pokok itu halus dan tinggi. Bentuknya seperti lastik (slingshot). Tak mungkin pokok yang halus sebegitu boleh menahan berat badan seseorang...






No comments:

Post a Comment

Thanks for leave me comments and feedback!! Really appreciate it ;)